Sejarah

         Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) mula beroperasi pada 8 Julai 2013. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan Subang Bestari dan dibina bagi menampung keperluan penduduk yang memerlukan sebuah lagi sekolah rendah di dalam kawasan kediaman mereka. Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari yang sedia ada tidak dapat lagi menampung limpahan murid-murid yang terlalu ramai.

            Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) terletak di No 1.Jalan Nova U5/45, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam Selangor.iaitu kira-kira 20 km dari Bandar Shah Alam. Kedudukannya terletak dikawasan berbukit dan di tengah-tengah kawasan perumahan Subang Bestari.Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Pada tahun 22 Mac 2013 telah diadakan upacara penyerahan bangunan sekolah oleh pihak kontraktor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang  telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah. Nama sekolah yang asal iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Ghazali telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Subang Bestari (2) selaras dengan perkembangan masa dan arus permodenan.Sekolah ini dengan secara rasminya telah mula beroperasi pada 8Julai 2013 dengan menerima kehadiran 535 orang murid. 6 buah kelas dibuka untuk menempatkan murid-murid tahun satu, 5 kelas untuk murid-murid tahun dua dan 4 buah kelas untuk murid-murid tahun tiga, menjadikan 15 buah  kelas yang dibuka kesemuanya. Proses pendaftaran murid-murid ini telah dikendalikan oleh Puan Noor Azneen binti Mohamed Razali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Jaafar bin Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum yang juga care taker yang dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Mereka juga dibantu oleh 21 orang guru.

Barisan pentadbir pertama di SK Subang Bestari (2)
Guru Besar :                                         Rozaini binti Md Zain
Penolong Kanan Pentadbiran:              Norlaily binti Ahmad Sayuni
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:     Noor Azneen binti Mohamed Razali
Penolong Kanan Kokurikulum:            Jaafar bin Hashim

0 comments:

Post a Comment